Wanita cedera selepas kereta dihempap pokok - Utusan Malaysia

Wanita cedera selepas kereta dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita cedera selepas kereta dinaiki bersama suaminya dihempap pokok dalam kejadian di Seksyen 15 Jalan Penchala di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 1.09 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala dikejarkan ke lokasi.

NORAZAM KHAMIS

“Setibanya, anggota mendapati sebatang pokok berhampiran BBP Penchala yang berketinggian kira-kira sembilan meter tumbang dan menghempap sebuah kereta Honda City.

“Kereta berkenaan dinaiki seorang lelaki berusia 39, tahun bersama isterinya berusia 35 tahun yang dalam perjalanan dari PJ Old Town menghala ke PJ State ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurug Norazam, kedua-dua mangsa bertindak keluar dari kenderaan itu sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Ujarnya, kejadian itu menyebabkan isteri mangsa mengalami cedera ringan di bahagian kepala akibat terkena serpihan cermin pecah dan dihantar ke sebuah hospital swasta oleh orang awam.

“Suami mangsa pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak bomba bertindak memotong pokok itu dan mengalihkannya ke lokasi selamat,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya