VTL: 46 pengembara pertama selamat tiba dari Singapura

VTL: 46 pengembara pertama tiba dari Singapura

BALI Anak Jalang (kanan) mendukung anaknya yang lebih setahun tidak berjumpa ketika disambut isterinya, Donna Alicia sebaik tiba dari Singapura di Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 46 pengembara bagi kumpulan pertama tiba di Larkin Sentral, di sini dari Singapura melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat menaiki bas TranStar pada pukul 9.10 pagi.

Ini adalah kumpulan pertama rakyat Malaysia dan pengembara yang menggunakan VTL Darat menyeberangi Tambak Johor buat pertama kali sejak hampir dua tahun sempadan antarabangsa ditutup akibat penularan wabak Covid-19. 

Kesemua mereka yang disambut Penasihat Menteri Besar, Datuk Tee Siew Keong perlu menjalani ujian pengesanan pantas (RTK), On Arrival Test (OAT) Covid-19 semasa tiba di balai ketibaan Larkin Sentral.

Terdahulu, seramai lima orang warganegara Malaysia yang mempunyai permastautin tetap (PR) menggunakan VTL Darat menaiki bas Causeway Link yang berlepas pukul 7.30 pagi menuju ke republik itu.

Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan Johor Bahru. Selain diwajibkan divaksinasi penuh, laluan VTL hanya menggunakan bas sebagai mekanisme pengangkutan.

Perkhidmatan bas VTL darat ditetapkan ke Singapura menerusi Terminal Bas Larkin Sentral sebagai lokasi turun naik penumpang di Malaysia, manakala Terminal Queen Street dijadikan pusat turun naik penumpang di Singapura.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, langkah menjalani ujian OAT itu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

OAT adalah ujian saringan yang dibuat sebaik pengembara tiba di Terminal Pengangkutan Awam Larkin selain ujian saringan Covid-19 yang wajib dibuat di Singapura dua hari sebelum berlepas.

Setibanya di Larkin Sentral, semua pengembara perlu mengemukakan Vaccination Travel Pass (VTP) serta keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan di negara itu.

Hanya pengembara yang disahkan negatif sahaja dibenarkan meneruskan ke destinasi lain, namun jika didapati positif pula, Kementerian Kesihatan akan mengambil alih pengurusan pengembara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya