UMP melonjak kedudukan ke-129 universiti terbaik Asia - Utusan Malaysia

UMP melonjak kedudukan ke-129 universiti terbaik Asia

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) melonjak ke tangga ke-129 berbanding 133 tahun lalu dalam QS World University Rankings: Asia yang diumumkan oleh agensi penarafan antarabangsa QS Quacquarelli Symonds bagi tahun 2022 pada Selasa lalu.

Penilaian yang dilaksanakan terhadap 687 institusi dari seluruh Asia dengan 40 penyertaan baharu itu mengambilkira 11 kriteria antaranya reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah staf akademik dan pelajar, jumlah sitasi bagi penerbitan, jumlah penerbitan saintifik setiap staf akademik dan staf akademik berkelayakan.

Turut dinilai jaringan penyelidikan antarabangsa, staf akademik antarabangsa, pelajar antarabangsa, pertukaran pelajar ke luar negara dan pertukaran pelajar antarabangsa ke dalam negara.

Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMP mengucapkan tahniah buat seluruh warga universiti berkenaan atas pencapaian tersebut. 

YUSERRIE ZAINUDDIN

“UMP akan terus memperkukuhkan lagi usaha dalam memajukan dan mengembangkan pendidikan tinggi dengan memberi tumpuan terhadap bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) aras tinggi. 

“Selain itu, UMP akan sentiasa memperkukuh peranan sebagai universiti teknologi dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Yuserrie juga berkongsi kejayaan apabila UMP turut tersenarai The Best Global Universities Rankings dalam U.S. News & World Report baru-baru ini yang mengukur prestasi penyelidikan akademik institusi berdasarkan 13 petunjuk termasuk reputasi global dan serantau.

Berdasarkan laporan berkenaan katanya, UMP berada pada kedudukan 1,058 terbaik dunia, 258 terbaik Asia dan sembilan terbaik antara institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

“Subjek Energy and Fuels berada di kedudukan 173 terbaik dunia, subjek Kejuruteraan (343)  dan subjek Kimia (734) terbaik dunia.

“Begitu juga kejayaan 12 pensyarah UMP tersenarai antara dua peratus saintis terbaik di dunia dalam pelbagai bidang dan disiplin kejuruteraan, sains dan teknologi merujuk data daripada Stanford University yang berpangkalan di Amerika Syarikat baru-baru ini. 

“Pengiktirafan itu akan menggalakkan interaksi antara penyelidik tempatan dan antarabangsa serta industri bagi meneruskan kecemerlangan akademik selain mencipta peluang penyelidikan bagi memasyarakatkan teknologi,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya