UiTM di tangga ke-105 QS Asia University Rankings - Utusan Malaysia

UiTM di tangga ke-105 QS Asia University Rankings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini berada di kedudukan ke-105 di Asia dalam QS Asia University Rankings 2022 yang diumumkan semalam.

Kedudukan baharu itu meletakkan UiTM dalam 15.5 peratus universiti terbaik di Asia dan tangga ke-10 daripada 36 universiti dari Malaysia yang mengambil bahagian.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, sebanyak 675 institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk 38 penyertaan baharu mengambil bahagian dalam penarafan di Asia tahun ini.

Katanya, QS Asia University Rankings secara keseluruhannya menilai universiti berdasarkan 11 petunjuk utama.

“Reputasi majikan menjadi kekuatan utama UiTM tahun ini iaitu pada kedudukan ke-48 di peringkat Asia.

“UiTM turut mencatatkan peningkatan peratusan bagi dua petunjuk iaitu reputasi akademik yang meningkat daripada 44.2 peratus kepada 48.5 peratus dan pelajar fakulti daripada 17.5 peratus kepada 18.1 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN