Tujuh jam nelayan berpaut pada bot karam - Utusan Malaysia

Tujuh jam nelayan berpaut pada bot karam

MOHD. Nasir Othman diselamatkan bot tunda Macallan 9 di perairan Pulau Kapas di Marang selepas bot gentian kaca dinaikinya karam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang nelayan terpaksa berpaut selama kira-kira tujuh jam pada bot gentian kaca miliknya yang karam di perairan Pulau Kapas di Marang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Mohd. Nasir Othman, 45, bagaimanapun bernasib baik selepas diselamatkan bot tunda Macallan 9, yang dalam perjalanan dari Thailand ke Indonesia sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)

Pengarah Maritim Malaysia Zon Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, mangsa difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika diselamatkan, sebaliknya cukup letih.

Katanya, bot Penggalang 16 diarahkan mengambil mangsa yang berada di kedudukan 10 batu nautika dari Kuala Kemaman selepas menerima laporan kira-kira pukul 7.22 malam.

“Mohd. Nasir yang tiba di jeti Maritim Malaysia Zon Kemaman pada pukul 3.40 pagi itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

“Difahamkan, mangsa keluar menangkap ikan bersendirian dan lazimnya pulang pada sebelah petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Rashidilhadi menasihatkan komuniti maritim terutama nelayan agar menyediakan peralatan keselamatan sebelum ke laut dan sentiasa memakai jaket keselamatan semasa berada di laut.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya