Tubuh tabung koperasi bantu kontraktor - Utusan Malaysia

Tubuh tabung koperasi bantu kontraktor

NOH Omar (tengah) bersama Presiden PERKOBF, Tukiman Radion (kiri) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad (dua dari kanan) bergambar kenangan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Perwakilan PERKOBF 2021, di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) perlu menubuhkan tabung koperasi bagi membantu kontraktor-kontraktor terutama daripada kelas F untuk kekal di dalam industri pembinaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, persatuan tersebut perlu melangkah ke depan supaya tidak ketinggalan dengan hanya mengharapkan tender daripada kerajaan yang mana penubuhan tabung membantu mengekalkan motivasi kontraktor kelas F.

Kata beliau, kewujudan tabung itu meringankan beban dengan memberi bantuan pelbagai bantuan seperti kewangan mahupun bahan mentah pembinaan.

“Sebanyak 43,000 kontraktor yang berdaftar di bawah kumpulan F  menyebabkan peluang kerja atau projek pembinaan tidak dapat diagihkan kepada semua. Kontraktor perlu berfikir di luar kotak dengan mengubah landskap perniagaan.

“Dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ahli-ahli boleh mendapatkan sumbangan modal supaya dapat bergerak tanpa mengharapkan peluang tender yang tidak tahu penghujungnya,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan PERKOBF.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, terdapat aktiviti monopoli yang dilakukan untuk memperoleh projek sehingga menyukarkan kontraktor-kontraktor mendapatkan projek-projek lain.

Noh Omar berkata, rata-rata ahli PERKOBF sukar  membuat pinjaman kerana tidak mencukupi kelayakan yang sepatutnya dengan kewujudan koperasi kredit memudahkan mereka membuat pinjaman.

Sementara itu, semasa berucap di majlis berkenaan, Presiden PARKOBF, Tukiman Radion berkata, penyerahan lesen kontraktor kelas F perlu dihentikan sementara dan hanya fokus kepada kontraktor-kontraktor sedia ada.

“Saya harap agensi berkaitan menghentikan pengeluaran lesen kontraktor kumpulan F serta bahagikan projek-projek dengan sistematik supaya tidak timbul isu kartel,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya