Tubuh pusat belia di setiap DUN  - Utusan Malaysia

Tubuh pusat belia di setiap DUN 

SOON LIP CHEE (dua dari kiri) selepas merasmikan program Karnival Jom Kerja Penanti 2021 dan Pusat Belia Penanti di Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat mewujudkan pusat belia di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menarik penglibatan belia dalam program-program serta aktiviti berkaitan komuniti. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, pada masa sama, pusat itu membolehkan para belia berinteraksi serta berkongsi idea-idea kreatif dengan komuniti setempat selain menggalakkan lebih banyak program berkaitan belia dirancang di kawasan berkenaan. 

“Ketika ini telah ada tiga pusat belia di Pulau Pinang iaitu di Penaga, Balik Pulau dan Bertam selain terbaharu, di Penanti. Kewujudan pusat-pusat belia yang dibangunkan bersama PYDC (Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang) ini menunjukkan kita peka dan mengambil berat pembangunan belia di Pulau Pinang,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Karnival Jom Kerja Penanti 2021 dan Pusat Belia Penanti di Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu, di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya