Tonggak JDT pun kena rehat - Cheng Hoe - Utusan Malaysia

Tonggak JDT pun kena rehat – Cheng Hoe

PEMAIN Harimau Malaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan beberapa tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan skuad Harimau Malaya menjelang aksi Piala AFF 2020 diharap tidak menjadi pertikaian semua pihak.

Ia selepas nama-nama besar di Harimau Selatan seperti Corbin Ong, Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies, dan Farizal Marlias tidak berada dalam senarai panggilan tersebut.

Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, ketiadaan pemain tersebut disebabkan mereka mengharungi musim yang panjang bersama kelab sehingga tiada waktu rehat pada tahun ini.

“Justeru, untuk saingan Piala AFF adalah tempoh yang sesuai untuk mereka mendapatkan rehat dan dalam masa yang sama pasukan dapat menguji beberapa pemain lain di posisi tersebut.

“Kemungkinan besar kesemua pemain ini akan dipanggil menguatkan pasukan pada kempen yang lebih penting untuk kelayakan Piala Asia 2023 tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Seramai tujuh pemain JDT dipanggil menyertai kem tersebut iaitu Guilherme de Paula, Shahrul Saad, Syafiq Ahmad, Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid, Aidil Zafuan Radzak dan Akhyar Rashid.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut memaklumkan, terdapat beberapa tonggak Harimau Malaya yang ingin dipanggilnya, namun tidak dapat berbuat demikian susulan kecederaan.

“Kami kehilangan beberapa tonggak seperti Brendan Gan, Nor Azam Azih dan Syamer Kutty Abba yang mengalami kecederaan jangka panjang dan tidak sempat pulih untuk bersama pasukan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya