MELAKA: Berbaki kira-kira dua jam, pengundi diminta untuk keluar mengundi segera bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan merayu pengundi yang layak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing sebelum waktu pengundian berakhir pada pukul 5.30 petang ini.
Katanya, meskipun peratusan mengundi setakat ini rendah, namun masih ada masa untuk berbuat demikian.
“Mohon semua yang layak, tunaikan hak anda selaku pemilih,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan statistik keluar mengundi biasa sehingga pukul 2 petang adalah 50 peratus.