Tindakan tidak bertanggungjawab adakan PRU-15 sekarang - KJ - Utusan Malaysia

Tindakan tidak bertanggungjawab adakan PRU-15 sekarang – KJ

RUU Sumbangan Politik perlu ada elemen kawal selia sumbangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan, desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) awal adalah tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, keputusan untuk mengadakan PRU perlu dilihat berdasarkan perkembangan kes positif Covid-19 yang membimbangkan dan peningkatan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital serta kemunculan varian baharu, B.1.1.529 di negara Afrika.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang mana pendirian Kementerian Kesihatan bahawa PRU boleh dielakkan berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang tidak dapat dielakkan kerana tempoh pentadbiran sudah tamat.

“Bagi PRN Melaka pula, Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, maka ia tidak dapat dielakkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa PRU-15 perlu dipertimbangkan untuk diadakan dalam masa terdekat mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau juga ada menyuarakan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaik sahaja BN memenangi PRN Melaka.

Susulan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagaimanapun menyatakan, PRU-15 tidak harus diadakan awal bagi memberi peluang kepada pengundi 18 terlibat pada PRU kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya