Tiga nyaris maut kereta Myvi dihempap pokok ketapang - Utusan Malaysia

Tiga nyaris maut kereta Myvi dihempap pokok ketapang

PASUKAN bomba mengalihkan pokok ketapang yang tumbang menimpa sebuah kereta Perodua Myvi di Batu 1 Jalan Kapar-Kuala Selangor, Klang, Selangor pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tiga beranak menarik nafas lega apabila nyaris maut akibat kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dihempap pokok ketapang di Batu 1 Jalan Kapar-Kuala Selangor di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi itu, pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.16 pagi.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kereta itu masih dihempap pokok setinggi kira-kira sembilan meter.

“Semua mangsa bagaimanapun terselamat dan keluar sendiri sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihaknya kemudian bertindak memotong batang pokok kelapa berkenaan dan mengalihkan ke kawasan selamat.

“Kita turut mengeluarkan kenderaan yang dihempap tersebut bagi kelancaran lalu lintas. Operasi berkenaan berjalan lancar dan tamat sepenuhnya tidak lama kemudian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya