Tiga kluster Covid-19 libatkan tempat kerja - Utusan Malaysia

Tiga kluster Covid-19 libatkan tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi merekodkan hanya tiga kluster Covid-19, hari ini untuk dua hari berturut-turut sekali gus menjadi antara rekod terendah selepas dua kluster direkodkan pada 23 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster yang direkodkan adalah tempat kerja melibatkan Lembah Klang dan Johor.

Bagi Lembah Klang, katanya, ia melibatkan satu di Kuala Selangor, Selangor dikenali sebagai Industri Batu 22 Ijok iaitu lapan kes dan satu lagi di Kepong, Cheras, Lembah Pantai, Kuala Lumpur; Putrajaya, dan Gombak, Selangor yang menyaksikan enam kes positif.

“Satu lagi kluster di Tangkak, Johor dikenali sebagai Kluster Batu Lapan Tangkak dengan 16 kes positif daripada 49 individu yang disaring.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 335 kluster manakala 5,464 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,701 kes berbanding semalam, 4,922 kes sekali gus diatasi 5,382 kes sembuh.

Selain itu, katanya, sebanyak 544 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 280 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,701 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 88 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 4,613 kes (98.1 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 47 kes berbanding kelmarin, 64 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,202 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 47 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,907 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya