Tiga kluster Covid-19, 549 kes ICU - Utusan Malaysia

Tiga kluster Covid-19, 549 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan hanya tiga kluster Covid-19, hari ini sekali gus menjadi rekod kedua terendah selepas dua kluster direkodkan pada 23 Oktober lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster itu melibatkan tempat kerja, pendidikan tinggi dan komuniti. 

Katanya, satu kluster tempat kerja direkodkan di Kuala Muda, Kedah dengan 54 kes daripada 198 individu yang disaring. 

“Bagi satu kluster pendidikan tinggi di Titiwangsa, Kuala Lumpur, melibatkan 72 orang yang disaring dengan sembilan kes positif manakala satu kluster komuniti di Kota Tinggi, Johor yang mengesan 17 kes positif daripada 22 kes yang disaring. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 355 kluster manakala 5,441 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,922 kes berbanding semalam, 5,713 kes sekali gus diatasi 5,579 kes sembuh. 

Selain itu katanya, sebanyak 549 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 282 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,922 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 80 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 4,842 kes (98.4 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,155 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 16 daripada 64 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,903 kes.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya