Rumah terbakar, tiga beranak tinggal sehelai sepinggang

Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang

ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja memadam dan mengawal kebakaran sebuah rumah di Jalan Kampung Bukit Putih, Kuala Perlis, hari ini.- FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Bukit Putih, Kuala Perlis di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 9.43 pagi itu, pemilik rumah rumah kayu tersebut bersama adik serta bapanya tidak berada di kediaman berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa, Wong Choon Chyi, 43, keluar untuk bersarapan manakala ayahnya berusia 80 tahun pula juga tidak berada di rumah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, rumah berkenaan didapati musnah 90 peratus.

Katanya, selepas menerima laporan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu memadam serta mengawal kebakaran.

“Kerja-kerja memadam kebakaran melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis dan BBP Simpang Empat selain turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Kuala Perlis sehingga keadaan terkawal dan api padam sepenuhnya. 

“Operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira pukul 10.58 pagi,” ujarnya. 

Tambahnya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya