Terserah SPR longgar SOP pengundian - Utusan Malaysia

Terserah SPR longgar SOP pengundian

HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan calon BN bagi kerusi DUN Kelebang, Lim Ban Hong di bilik gerakan jentera BN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat ketetapan baharu termasuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu merupakan di bawah tanggungjawab SPR bagi menentukan sebarang urusan pilihan raya.

“Namun BN akan berperanan untuk meyakinkan pengundi setia untuk berani dan yakin keluar mengundi pada Sabtu ini.

“Jentera BN akan memastikan perjalanan pergi mengundi adalah selamat,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan pihak tertentu yang mahu kerajaan dan SPR melonggarkan SOP hari pengundian PRN Melaka.

Hishammuddin berkata, beliau dan jentera BN akan membantu dan menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam PRN Melaka.

“Sebagai ahli parti BN, sudah tentunya untuk sokong calon BN,” jelasnya.

Beliau menyifatkan prestasi jentera BN dalam saat-saat akhir menjelang hari pengundian Sabtu ini agak meskipun berhadapan kempen norma baharu.

Katanya, mereka dapat menyesuaikan diri dengan SOP-SOP agak ketat dan situasi berbeza berbanding beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

“Ini satu kelebihan bagi BN. Letaklah apa jua keadaan, kita tetap berjuang dan melaksanakan apa diperlukan demi kelangsungan perjuangan mana,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan memaklumkan sebanyak 8,332 atau 91.3 peratus pengundi awal yang membabitkan anggota tentera di negara ini telah keluar mengundi pada hari pengundian awal semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya