“Terima kasih belanja." - Gambar Sharifah Sakinah tarik perhatian netizen - Utusan Malaysia

“Terima kasih belanja.” – Gambar Sharifah Sakinah tarik perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Sharifah Sakinah menarik perhatian warganet selepas memuat naik satu gambar dirinya sedang berendam di dalam sebuah tab mandi.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama terkenal Girlfriend Aku Dari Neraka itu berkongsi satu gambar di dalam tab mandi dengan kapsyen yang memaklumkan telah kembali ke set pengambaran, selepas sekian lama tidak beraksi di depan kamera.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, perkongsian tersebut telah dibanjiri pelbagai reaksi warganet susulan gambar ‘panas’ itu.

Segelintir daripada mereka tampil menegur pelakon itu yang dikatakan agak tidak sopan terutama bergelar wanita Melayu Islam.

“Saya nak menegur sedikit boleh? Tidak tahulah sama ada saya ini layak untuk tegur awak, tapi sebagai seorang muslim, saya nak beri awak teguran untuk sentiasa beringat.

“Kita sebagai wanita ada auratnya. Ada sebab kenapa kita perlu menutup aurat. Harap kakak terima teguran ini,” komen panjang seorang warganet.

“Astagfirullah Sakinah, taubat lah taubat,” tulis lagi seorang pengguna Instagram.

Selain itu, menerusi ruangan komen berkenaan ada juga beberapa komen-komen ‘nakal’ daripada segelintir jejaka sementelah melihat gambar pelakon itu.

“Sabun kacau lah, baru nak melihat penuh,” komen nakal seorang netizen.

“Terima kasih belanja,” tulis lagi seorang individu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya