Tempat kerja catat pertambahan kluster terbanyak - Utusan Malaysia

Tempat kerja catat pertambahan kluster terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus mencatatkan jumlah terbanyak iaitu empat daripada lima kluster Covid-19 hari ini, diikuti satu komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan satu di Kuala Selangor, Selangor; satu di Cheras, Kuala Lumpur; satu di Batu Pahat, Johor dan satu di Lipis, Pahang.

“Satu kluster komuniti pula di Seremban, Negeri Sembilan.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 367 kluster manakala 5,426 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,713 kes berbanding semalam, 5,291 kes sekali gus diatasi 5,865 kes sembuh.

Selain itu katanya, sebanyak 555 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 280 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,713 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 93 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya,5,620 kes (98.4 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 46 kes berbanding kelmarin, 70 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6.30 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang , https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,091 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 46 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,887 kes.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya