Tempahan hotel Terengganu naik 80 peratus - Utusan Malaysia

Tempahan hotel Terengganu naik 80 peratus

PELANCONG menggunakan perkhidmatan teksi air bagi menyusuri Sungai Terengganu di Kuala Terengganu, baru-baru ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tempahan hotel di negeri ini melonjak hampir 80 peratus sejak rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri, bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH)  negeri, Suaibah Harun berkata, perkembangan positif itu didorong kepulangan anak perantau ke kampung halaman selain kemasukan pelancong. 

Malah, katanya, penginapan di kebanyakan hotel di pusat bandar penuh pada minggu ini susulan cuti sempena sambutan Hari Deepavali. 

“Pada hari biasa, penginapan di kebanyakan hotel mencecah 50 peratus manakala pada hujung minggu pula meningkat kepada 80 peratus. 

“Kita optimis kemasukan pelancong memulihkan semula industri perhotelan yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan Stesen Pengecasan EV di Hotel Primula, di sini hari ini.

Suaibah berkata, penggiat perhotelan terutama 36 hotel di bawahnya  sentiasa  memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diberi keutamaan sekali gus berharap pengunjung dapat memberi kerjasama baik dalam soal itu. 

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengurus Besar Hotel Primula berkata, hotel berkenaan kini dilengkapi kemudahan stesen pengecasan kenderaan elektrik atau EV.

Katanya, stesen itu boleh dimanfaatkan pelanggan mereka di samping pengguna EV di sekitar Terengganu dan negeri jiran.

“Penyediaan kemudahan terbaharu ini mampu memberi nilai tambah kepada Hotel Primula dalam menjana pendapatan syarikat sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya