Tekong gagal susup masuk 60 PATI ikut laluan semak

Tekong gagal susup masuk 60 pendatang asing

SEBAHAGIAN daripada 60 orang PATI ditangkap PGA Batalion 4 Semenyih apabila mereka cuba menyusup masuk di kawasan semak berdekatan Jalan Kampung Sungai Janggut, Jeram, Kuala Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Cubaan seorang tekong tempatan menyusup masuk 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini gagal apabila dicekup di kawasan semak berdekatan Jalan Kampung Sungai Janggut, Jeram di sini, semalam.

Penahanan itu dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih yang mengesan semua individu berusia 16 hingga 41 tahun berkenaan, kira-kira pukul 5 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintendan Rizal Mohamed berkata, perkara itu dihidu pihaknya ketika melakukan rondaan dan pemantauan bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Katanya, penahanan awal melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang disyaki tekong darat bersama sebuah kenderaan. 

“Hasil pemeriksaan kemudian menemukan  seramai 38 lelaki dan 22 wanita warga asing di kawasan semak.

“Kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Rizal, semua PATI berkenaan dipercayai baru tiba di negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan risikan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, kira-kira 100 hingga 150 orang PATI setiap dari Indonesia dikesan cuba menembusi perairan negara ini.

Jumlah PATI itu dikesan apabila sektor ekonomi dibuka pada Ogos lalu dan rentas negeri dibenarkan pada bulan lepas menyebabkan jangkaan sejumlah 3,000 cuba melepasi sempadan negara sehingga Disember ini.

Dalam pada itu, Rizal memaklumkan pihaknya turut merampas sebuah kenderaan, dua telefon bimbit dan sejumlah wang tunai berjumlah RM147.

“Rampasan bernilai RM 61,400 dan tangkapan dibawa ke Balai Polis Jeram untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Tambah Rizal, kesemua individu yang ditahan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan pandemik dalam kalangan pesalah dan petugas.

Sehubungan itu, beliau meminta Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti penyeludupan berkenaan supaya menyalurkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya