Tawar kursus 'micro-credential' bantu tingkat kemahiran masyarakat - Utusan Malaysia

Tawar kursus ‘micro-credential’ bantu tingkat kemahiran masyarakat

MOHAMMAD SHATAR SABRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) disaran merebut peluang menawarkan kursus ‘micro-credential’ berasaskan bidang kebitaraan masing-masing sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mempertingkatkan kemahiran mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, setiap IPT mempunyai bidang tujahan tertentu, justeru ia perlu diketengahkan menerusi penawaran dengan trend terbaharu menerusi kursus ‘micro-credential’. 

Katanya, program akademik yang sudah mendapat akreditasi daripada MQA boleh dipecahkan menjadi kursus ‘micro-credential’ seterusnya ditawarkan kepada umum.

“Universiti Malaysia Kelantan (UMK) misalnya yang terkenal dengan program keusahawanan boleh menawarkan kursus ‘micro-credential’ dalam bidang itu.

“Sama juga untuk Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pertanian, Universiti Utara Malaysia (Pengurusan), Universiti Pendidikan Sultan Idris (Pendidikan) dan IPT tempatan lain dengan kebitaraan masing-masing,” katanya, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penawaran kursus ‘micro-credential’ yang perlu dijuarai oleh IPT tempatan.

 

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, inisiatif menawarkan kursus ‘micro-credential’ penting bagi memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat untuk menyambung pengajian dan seterusnya meningkatkan kemahiran atau belajar kemahiran baharu mengikut minat mereka. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN