Tasik Kenyir surut kerana proses tadahan air baharu - Utusan Malaysia

Tasik Kenyir surut kerana proses tadahan air baharu

PARAS air di Tasik Kenyir kini surut berikutan proses pelepasan untuk tadahan baharu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kejadian air surut di Tasik Kenyir di sini bukan fenomena luar biasa sebaliknya kerana proses pembuangan air bagi tadahan baharu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, lebih separuh daripada jumlah air di tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia itu sudah dilepaskan di Sungai Terengganu ketika ini.

Katanya, situasi itu adalah rutin biasa di Tasik Kenyir terutama ketika memasuki musim tengkujuh bagi menadah air hujan baharu.

“Tahun lalu, air lambat surut walaupun sudah dilepaskan, tetapi keadaannya berbeza kali ini kerana lebih cepat, tetapi itu semua proses biasa.

“Susulan paras air yang surut, kita tidak menggalakkan orang ramai berkunjung ke Tasik Kenyir buat masa ini sehingga proses tadahan selesai dijangka ketika gelombang pertama banjir pada pertengahan bulan Disember,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Razali, antara destinasi menarik di Tasik Kenyir yang ditutup kini susulan musim tengkujuh ialah Santuari Kelah dan Gua Bewah. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya