Tanpa kepercayaan, PICK takkan berjaya - Utusan Malaysia

Tanpa kepercayaan, PICK takkan berjaya

KHAIRY Jamaluddin berucap pada Majlis Perkongsian Strategik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Hotel Le Meridien, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sehingga kini sudah mencapai lebih 25 juta penduduk Malaysia menerima vaksin Covid-19 adalah hasil kerjasama dan kepercayaan oleh semua pihak dalam menjayakannya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui, suatu cabaran besar baginya dalam memastikan PICK berjalan dengan lancar malah, ia juga sesuatu yang sukar dilakukan di dalam hidup beliau.

“Saya berpendapat sebab kita berjaya adalah kerana kita percayakan antara satu sama lain. Jika kita tidak percaya sesama kita, sudah tentu sukar untuk mencapai kejayaan PICK.

“Apabila kita berikan kepercayaan, semua kerja berjalan lancar. Terima kasih mempercayai saya seperti mana saya mempercayai anda. Alhamdulillah, PICK menjadi antara yang terbaik bagi program vaksin di dunia,” katanya pada Majlis Perkongsian Strategik PICK, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Dalam pada itu, Khairy berkata, bukan sahaja Malaysia, malah mana-mana negara di dunia turut berdepan ketidakpercayaan daripada rakyat masing-masing.

“Ramai yang tidak percaya dengan kerajaan mereka dan mengatakan, ada masalah pengurusan pandemik Covid-19. Justeru, kita bina kepercayaan itu dan ini termasuk sewaktu pendaftaran vaksin AstraZeneca apabila laman web bermasalah, saya mengambil tanggungjawab,” katanya.

Tambahnya, sejak awal lagi, beliau dan Dr. Adham (ketika itu Menteri Kesihatan) mengetepikan soal politik kerana paling penting memastikan PICK berjalan lancar mengikut perancangan.

“Bukan masa mencari kepentingan politik malah, kita juga ada kerjasama yang baik dengan ahli politik dan kita beri peruntukan kepada Ahli Parlimen,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya