Tanah runtuh: Jalan Tapah-Cameron Highlands ditutup

Tanah runtuh: Jalan Tapah-Cameron Highlands ditutup

PAPAN tanda penutupan Jalan Tapah ke Cameron Highlands berikutan kerja pembersihan runtuhan tahan di laluan itu hari ini. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bermula hari ini bagi kerja-kerja pembersihan susulan kejadian tanah runtuh semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, keputusan penutupan jalan itu dibuat oleh pihak polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana dikhuatiri membahayakan pengguna jalan raya.

Menurutnya, kerja membersihkan runtuhan tanah di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah telah dijalankan namun masih terdapat runtuhan baru sehingga menyekat laluan pengguna jalan raya.

“Hasil perbincangan, Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bermula hari ini sehingga selesai kerja membersihkan runtuhan.

“Papan tanda penutupan jalan telah diletakkan di Batu 4, Jalan Pahang. Pengguna yang mahu ke Cameron Highlands dinasihatkan menggunakan jalan alternatif lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, namun penduduk yang tinggal di sepanjang jalan berkenaan sehingga ke Batu 20, masih boleh menggunakan laluan itu.

Semalam, hujan lebat hampir dua jam mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi di Cameron Highlands. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya