‘Tan Sri tubuhkan Bersatu, tapi ahli masuk kerana Tun' - Noor Effandi - Utusan Malaysia

‘Tan Sri tubuhkan Bersatu, tapi ahli masuk kerana Tun’ – Noor Effandi

NOOR EFFANDI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad mengakui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditubuhkan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun katanya, realiti yang tidak boleh juga ditolak adalah majoriti besar ahli awal Bersatu menyertai parti kerana pengaruh dan sosok tubuh bekas Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Noor Effandi yang tidak dicalonkan di mana-mana kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka turut menjelaskan, sekurang-kurangnya 80 peratus ahli memasuki parti kerana perkara itu, termasuklah dirinya.

“Kita akui dan tidaklah perlu dilawan kata-kata Tan Sri Muhyiddin bahawa dia yang tubuhkan Bersatu. Tetapi jika ditanya kepada majoriti besar ahli-ahli awal Bersatu sebelum pilihan raya umum (PRU) Mei 2018, anda masuk Bersatu atau anda sokong Bersatu kerana apa?

“Jelas jawapannya walau bukanlah 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya 80 peratus akan berkata, ‘saya masuk atau saya sokong Bersatu kerana Tun Dr. Mahathir’.

“Kini Tun sudah tiada dalam Bersatu, dia dipecat selepas Langkah Sheraton itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian untuk mengulas ucapan Muhyiddin ketika Program Pentas PRN Melaka di Shah Alam, Selangor yang menegaskan, beliau mengambil langkah pertama untuk membentuk Bersatu selepas dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada UMNO dan bukannya Mahathir.

Noor Effandi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri Melaka (Pendidikan) merupakan salah seorang daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Beliau tidak mempertahankan DUN Paya Rumput selepas dipecat keahlian daripada Bersatu.

Kerusi berkenaan kini ditandingi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen menentang calon Barisan Nasional (BN), Abdul Razak Abdul Rahman; calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ashraf Minghat dan calon Bebas, Ariff Adly.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya