Tan Sri J J Raj, hero Bukit Kepong meninggal dunia - Utusan Malaysia

Tan Sri J J Raj, hero Bukit Kepong meninggal dunia

Mendiang J J Raj (Jr)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesara polis yang terkenal dengan perjuangannya menyelamatkan mangsa insiden berdarah serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Tan Sri J J Raj (Jr) meninggal dunia, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), mendiang meninggal dunia di Pusat Perubatan Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalannya, Datuk Seri Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mendiang

“Mendiang yang terkenal selaku Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor pernah mengetuai Skuad Harimau (Tiger Squad) untuk menyelamatkan warga Balai Polis Bukit Kepong yang diserang pengganas Komunis, sewaktu era Darurat pada tahun 1950.

“Kemuncak karier mendiang dalam pasukan adalah apabila dilantik sebagai Pengarah Pengurusan, Bukit Aman pada tahun 1974 sebelum menjalani persaraan wajib pada tahun 1976 dengan pangkat Komisioner Polis,” katanya.

Tambah PDRM, jasad mendiang dibawa ke Nirvana Memorial Park, Shah Alam, Selangor untuk diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan orang ramai, petang tadi.

“Sesungguhnya jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh pesara J.J. Raj (Jr.) sangat besar dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan dan negara,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya