Taman tema terkemuka dakwa langgar SOP disiasat - Utusan Malaysia

Taman tema terkemuka dakwa langgar SOP disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan terperinci akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sebuah taman tema terkemuka di Subang Jaya dekat sini yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima video berdurasi 13 saat yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, ‘Rizal Hakimm Punyer’ berhubung kejadian itu.

Kata beliau, kira-kira 3,513 pengunjung yang direkodkan berada di kawasan taman tema berkenaan pada Sabtu lalu, iaitu tarikh dinyatakan kejadian terbabit berlaku.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kawasan taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

“Bagi kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 pula adalah seramai 20,000 orang pada satu-satu masa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Fairus berkata, semakan dilakukan mendapati tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun polis akan menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya jika wujud pelanggaran SOP.

“Kami amat mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya