Tak pernah ke Langkawi, Nora Ariffin bawa pembantu setianya - Utusan Malaysia

Tak pernah ke Langkawi, Nora Ariffin bawa pembantu setianya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 48, mencuri perhatian warganet selepas mendedahkan buat pertama kalinya membawa pembantu rumah untuk bercuti bersama-sama keluarganya ke Langkawi baru-baru ini.

Menurut Nora, percutian itu adalah hadiah istimewa buat wanita tersebut demi menghargai penat lelahnya sebagai pembantu setelah 23 tahun setia berkhidmat dengannya.

“Ini adalah pembantu rumah saya. Tetapi kami sebenarnya sudah anggap dia seperti keluarga. Kawan-kawan rapat pasti mengenali dirinya.

“Alhamdulillah, sudah 23 tahun bersama saya. Perkongsian ini saya buat dengan niat supaya kita semua menghargai kebaikan orang pada kita.

“Mungkin dia tidak berpelajaran macam kita, tetapi mungkin dia jauh lebih mulia daripada kita,”katanya.

Nora berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Instagramnya semalam berserta sebuah video rakaman yang memaparkan pembantunya itu sedang menikmati percutian bersama-samanya.

Selain itu, kata Nora, dia benar-benar menghargai jasa baik pembantunya itu yang disifatkan telah banyak menolong dan menjaga keluarganya.

“Sebak saya melihat betapa gembiranya dia bila dapat bersama-sama bercuti dengan saya. Tak pernah datang Langkawi. Naik cruise jauh sekali.

“Sebagai majikan, inilah cara saya menghargai jasa dia yang telah menjaga saya, suami dan anak-anak selama ini. Setiap kali saya kurang sihat, dialah orang yang akan risau.

“Kadang-kadang menangis. Risau pada saya. Alhamdulillah, ini adalah insan yang Allah SWT hantar untuk saya. Reseki yang sangat bernilai,”katanya.

Perkongsian Nora itu meraih respons ramai pengikut dan peminatnya yang menyifatkan 23 tahun adalah satu tempoh yang sangat lama buat seseorang yang bekerja sebagai pembantu rumah dengan satu majikan.

“Alhamdulilah satu tempoh masa yang lama tu. Jarang dapat kekalkan pembantu rumah yang sama dalam tempoh jangka yang panjang. Biasanya akan bertukar,”tulis Azun Zaleha.

“Alhamdulillah. Pembantu rumah saya pun dah 16 tahun dengan saya. Tak pernah tinggal bila pergi bercuti. Memang dah anggap macam kakak sendiri. Syukur sangat-sangat dapat mereka yang kenang budi kita,” tulis Jasmin 2810.

“Lamanya 23 tahun…Pembantu rumah dulu-dulu memang duduk lama. Alhamdulillah. Tapi pembantu rumah sekarang ini, belum setahun sudah cabut lari. Kerjanya bukan susah pun.

“Bersekongkol dengan ejen lari dari rumah sini, pegi rumah sana pula dengan bayaran RM9,000,”tulis pengguna bernama Makcik Ratu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya