Suzuki tambah 'kuasa' jentera menjelang MotoGP 2022 - Utusan Malaysia

Suzuki tambah ‘kuasa’ jentera menjelang MotoGP 2022

ALEX RINS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Alex Rins melaungkan keyakinan bahawa Suzuki mengambil langkah yang sangat penting untuk menghasilkan enjin GSX-RR MotoGP selepas melakukan beberapa ujian pada reka bentuk 2021 dan 2022.

Suzuki mengubah suai reka bentuk enjin buat pertama kali sejak perlumbaan di Qatar pada tahun 2020.

“Kami gembira dengan bagaimana beberapa perkara berlaku terutama dengan enjin yang mempunyai lebih kelajuan dan bertenaga.

“Selepas melakukan pelbagai perbandingan dengan enjin 2022 dan enjin 2021, kami dapat rasakan kami melakukan tindakan yang sangat penting.”

“Enjin kelihatan seperti sangat bagus tetapi kami masih perlu melakukan beberapa kerja membabitkan bahagian tertentu (aerodinamik),” kata Rins.

Rins dan rakan sepasukan Joan Mir (kesembilan terpantas) menyertai ujian di litar bukan hanya disertai Sylvain Guintoli tetapi juga pelumba ujian dari Jepun, Takuya Tsuda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya