Sultan Nazrin anugerahkan darjah kebesaran kepada 38 penerima

Sultan Nazrin anugerahkan darjah kebesaran kepada 38 penerima

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menganugerahkan Darjah SPMP kepada Saarani Mohamad pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang  ke-65 di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pada istiadat hari ini, Sultan Perak berkenan menganugerahkan darjah kebesaran negeri kepada 38 penerima, melibatkan 19 penerima bagi tahun 2020 dan 19 orang penerima bagi tahun 2021.

Saarani mendahului senarai penerima apabila dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani masing-masing menerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk sebagai penerima tahun 2020 manakala Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin menerima darjah kebesaran yang sama sebagai penerima tahun 2021.

Pada istiadat tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 11 penerima bagi tahun 2020 manakala 13 orang sebagai penerima tahun 2021.

Penerima Darjah DPMP tahun 2021 terdiri daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, Dr. Mohd. Suhaimi Mohamed Ali; Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Mohamed Zaini Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak,

Nor Sham Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman dan Pakar Perunding Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. P.N Jeyaseelan.

Turut menerima DPMP tahun 2021 ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Abd. Halim Ashaari; Pengarah Kastam Perak, Dr. Mohamad Saprin; Ketua Bahagian Neurologi Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Goh Khean Jin; Pengarah dan Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr. Norhayati Nordin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Saidon Idris.

Lain-Lain penerima Darjah DPMP tahun ini ialah Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop; Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Toh Seri Lela Paduka Prof. Dr. Khalid Ismail dan Ketua Protokol dan Istiadat negeri Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Toh Jana Pahlawan Senior Asisten Komisioner (B) Abu Bakar Romlee.

Seramai lima individu penerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan sebagai penerima tahun lalu manakala empat lagi menerima darjah kebesaran yang sama sebagai penerima tahun ini.

Sebelum ini, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin berkata, secara keseluruhannya, jumlah penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak yang telah mendapat perkenan baginda pada tahun ini adalah seramai 192 orang.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bagi siri pertama berlangsung hari ini melibatkan penerima bagi tahun 2020 iaitu seramai 19  orang dan 19 orang penerima bagi tahun 2021.

Istiadat pengurniaan bagi siri yang seterusnya iaitu bagi penerima darjah Kebesaran dan pingat yang lain akan dianjurkan mengikut tarikh yang akan diperkenankan baginda dan tertakluk kepada situasi semasa Covid-19 di Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya