SPR adakan mesyuarat khas PRN Sarawak 24 November - Utusan Malaysia

SPR adakan mesyuarat khas PRN Sarawak 24 November

Daftar pemilih tambahan November 2023 diwarta hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan, satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-12 diadakan pada 24 November ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata,  Mesyuarat Khas tersebut dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN berkenaan bermula pukul 9 pagi di Kuching, Sarawak. 

Katanya, mesyuarat juga membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh Writ  Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar  Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut. 

“Satu sidang akhbar akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Mesyuarat itu susulan penamatan rasmi Proklamasi Darurat negeri itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 November lalu.

SPR sudah menerima pemakluman rasmi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Dr. Abang Johari Tun Openg berhubung persetujuan dari Seri Paduka Baginda melibatkan pembatalan Proklamasi Darurat (Sarawak) PU (A) 323 sebagai mana termaktub di bawah Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 PU (A) 324.

Berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh proklamasi tersebut dinyahwartakan.

Justeru, di bawah Seksyen 3(4) ordinan itu, maka PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh proklamasi tersebut telah dibatalkan atau diungkaikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya