Southgate yakin ‘jodohnya masih panjang’ dengan England - Utusan Malaysia

Southgate yakin ‘jodohnya masih panjang’ dengan England

GARETH SOUTHGATE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali England, Gareth Southgate optimis bahawa rundingan terhadap kontrak baharunya seharusnya tiada halangan untuk terus membimbing skuad Three Lions.

Anak buah Southgate menempah tiket ke Piala Dunia tahun depan di Qatar dengan penuh bergaya dengan meraih kemenangan besar 10-0 ke atas San Marino, Isnin lalu.

Media sejak kebelakangan ini melaporkan Southgate bakal menandatangani lanjutan kontrak bersama Persatuan Bola Sepak England (FA), selepas ia bakal tamat pada hujung Piala Dunia.

Kemenangan terbesar dalam saingan kelayakan itu menyaksikan England tiada sebarang alasan untuk tidak menyambung kontrak Southgate, paling tidak sehingga Euro 2024.

“Apabila bekerja dengan kakitangan yang bersama saya dan dengan sekumpulan pemain yang boleh menerima dan mempunyai bakat, maka jelas ia sangat menyeronokkan.

“Jadi tidak ada sebab untuk tidak bersama. Kami berasa wajar untuk menumpukan perhatian kepada Kejohanan Eropah dan menyempurnakan kelayakan ini.

“Sekarang adalah masa paling sesuai untuk berbincang dengan (Pengarah Teknikal FA), John (McDermott) dan (Ketua Eksekutif), Mark Bullingham dan melalui segalanya namun saya tidak jangka yang ia akan menjadi sukar,” ujarnya.

England sedang dalam penantian untuk meraih trofi utama pertama sejak Piala Dunia 1966.

Southgate membuktikan sentuhannya dengan membawa England ke final Euro 2020 pada Julai lalu dan separuh akhir Piala Dunia 2018, skuad Three Lions dilihat sebagai salah satu pencabar utama di Qatar nanti.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya