SOP PRN Sarawak dimuktamad menjelang 30 November - Utusan Malaysia

SOP PRN Sarawak dimuktamad menjelang 30 November

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dimuktamadkan menjelang 30 November ini. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut masih lagi dalam peringkat perbincangan dan ia diselaraskan oleh Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang. 

“Saya telah mengadakan perbincangan tengah hari tadi dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan dengan SOP dan  menugaskan Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang untuk menyelaraskan perkara ini dengan Kerajaan Negeri Sarawak. 

“Ada beberapa perkara yang masih perlu diperhalusi saya telah memberi masa sehingga 30 November sebelum dimuktamadkan dan disyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang I Penggal Ke-33 Tahun 2021-2022 di Seremban hari ini. 

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan diadakan pada 18 Disember ini dengan hari penamaan calon pada 6 Disember.

Sementara itu, mengulas mengenai isu melibatkan doktor kontrak, Khairy memberitahu beliau akan membawa satu memorandum kepada jemaah menteri bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya akan membawa satu memorandum kepada jemaah menteri dalam masa yang terdekat.  Saya akan melihat kepada penyelesaian bagi jangka pendek dan jangka panjang.Kami mengharapkan bahawa ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan isu berkenaan. Kesemua aspek akan diteliti sebelum menyerapkan mereka ke lantikan tetap,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya