[SIDANG DUN] Pulau Pinang minta Kerajaan Pusat berlaku adil dalam agihan peruntukan - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN] Pulau Pinang minta Kerajaan Pusat berlaku adil dalam agihan peruntukan

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa negeri itu tidak menerima layanan adil dari segi peruntukan daripada Kerajaan Pusat termasuk menerusi Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini.

Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, menerusi bajet itu Pulau Pinang hanya menerima sebanyak RM996 juta atau 1.3 peratus daripada keseluruhan RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan.

Sedangkan kata beliau, berdasarkan sumbangan Pulau Pinang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tiga tahun kebelakangan ini iaitu antara 6.7 hingga 6.9 peratus, negeri itu sepatutnya mendapat peruntukan perbelanjaan sebanyak RM5.2 bilion menerusi Bajet 2022.

“Peruntukan itu adalah tidak adil kepada Pulau Pinang memandangkan kita mempunyai sumber hasil yang terhad, maka memerlukan peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Pusat.

“Walaupun sumbangan KDNKK Pulau Pinang begitu besar, namun apa yang kita terima (menerusi Bajet 2022) adalah kurang daripada sepatutnya,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan M. Satees (DAP-Bagan Dalam) berkenaan sama ada Bajet 2022 diberi secara adil kepada Pulau Pinang jika dibuat perbandingan cukai yang dikutip oleh Kerajaan Pusat dari negeri itu.

Mengulas lanjut kata Kon Yeow, beliau turut membangkitkan perkara itu ketika mesyuarat pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) antara kerajaan negeri dan Perdana Menteri minggu lalu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati kerana kita tidak diberi layanan yang setimpal dengan peranan dan sumbangan kita, jadi saya minta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kewangan turut melihat kepada peranan Pulau Pinang,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri memahami keseimbangan peruntukan oleh Kerajaan Pusat yang perlu menyediakan perbelanjaan lebih banyak dan memberi tumpuan kepada enam buah negeri lain.

Namun katanya, Pulau Pinang juga memerlukan lebih banyak projek infrasrtuktur bagi membolehkan negeri itu terus memainkan peranan sebagai sebuah negeri industri dan menyumbang kepada hasil negara dalam bentuk eksport, KDNK dan sebagainya.

“Saya harap Kerajaan Pusat berlaku adil kepada penduduk Pulau Pinang dan memberi projek pembangunan lebih daripada RM996 juta bagi tahun 2022 kerana kita sebenarnya layak untuk mendapat sekurang-kurangnnya RM5 bilion,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya