PASIR SALAK: Seramai 63 orang daripada 20 keluarga dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap dekat sini berikutan banjir.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak dalam kenyataan berkata, PPS berkenaan dibuka pada pukul 3 petang tadi.
Menurutnya, mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Rambai, Kunci Air 12 Headwork, Kampung Tanjong Keramat, Sungai Kucing dan Sungai Seluang.
“Mangsa terdiri daripada 23 lelaki, 21 perempuan dan 19 kanak-kanak,” katanya. – UTUSAN