BUTTERWORTH: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden melibatkan pesawat pejuang Hawk yang dipercayai terhempas kira-kira pukul 10.07 malam tadi.
Hishammuddin menerusi laman sosial Twitternya malam ini berkata, beliau telah menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan pesawat jenis Hawk 108 itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
“Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jen TS Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi.
“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian,” katanya. – UTUSAN ONLINE