PETALING JAYA: Aidil Zafuan Radzak, Khairul Fahmi Che Mat dan Baddrol Bakhtiar antara pemain berpengalaman yang berada dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang Piala AFF di Singapura, bulan depan.
Hanya pemain yang pasukannya sudah terkeluar daripada saingan Piala Malaysia, sama ada peringkat kumpulan dan suku akhir akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin depan.
Seterusnya, pemain yang pasukannya tersingkir pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia untuk melapor diri pada 28 November.
Senarai 28 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Menjelang Piala Suzuki AFF 2020
Berikut senarai nama pemain yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.
Baca penuh di https://t.co/YzdWvYiiwt#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/zNJGLEqncd
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 17, 2021
Pemain yang pasukannya layak ke final Piala Malaysia akan melapor diri pada 1 Disember ini sebelum skuad kendalian Tan Cheng Hoe berlepas ke Singapura pada 3 Disember.
Bagi pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara, mereka akan melapor diri mengikut tarikh pelepasan yang diberikan oleh kelab masing-masing.
Cheng Hoe hanya akan menyenaraikan seramai 24 pemain untuk skuad akhir ke Piala AFF pada 3 Disember depan.