'Semakin berseri-seri lah bakal Mommy ini' -Spekulasi kehamilan Neelofa semakin terjawab - Utusan Malaysia

‘Semakin berseri-seri lah bakal Mommy ini’ -Spekulasi kehamilan Neelofa semakin terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Neelofa telah mencuri perhatian warganet selepas kini kelihatan jelas ‘baby bump’ sewaktu menghadiri majlis sebuah jenama fesyen antarabangsa terkenal, Dior, semalam.

Menerusi entri Instagram, adiknya yang juga personaliti media sosial, Ameera Khan ada memuat naik beberapa gambar figura itu yang dikatakan telah berbadan dua, malah seolah-olah menguatkan lagi tanda tanya orang ramai mengenai kehamilan tersebut.

Sementara itu, bekas pengacara rancangan MeleTOP itu juga telah menerima pelbagai reaksi warganet setelah memuat naik satu gambar, di majlis yang sama.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja selain mendoakan yang terbaik buat usahawan terkenal itu.

“Memang Neelofa hamil kerana sudah melihat video yang jelas di TikTok. Semoga dipermudahkan Neelofa bersalin,” komen seorang individu.

“Semakin berseri-seri lah bakal Mommy ini,” komen juga seorang individu.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan Lofa,” komen lagi seorang peminatnya.

Walaupun sebelum ini desas desus kehamilannya masih menjadi teka-teki, namun Neelofa masih mengambil pendekatan untuk tidak memberikan pengesahan mengenai perkara tersebut.

Sekadar informasi, Neelofa dan suami tercintanya yang juga pendakwah bebas, Haris Ismail selamat diijab kabulkan pada tanggal 27 Mac lalu, di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya