Sekat sayap Terengganu kunci JDT dominasi perlawanan - Utusan Malaysia

Sekat sayap Terengganu kunci JDT dominasi perlawanan

BENJAMIN MORA - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kejayaan menyekat pemain sayap Terengganu menjadi kunci dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia, malam kelmarin.

Jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata, pihaknya sudah mengkaji kekuatan tuan rumah yang menggunakan kepantasan Faisal Halim dan kelincahan Faiz Nasir sebagai senjata utama.

“Kami tahu keadaan padang yang baik akan membolehkan Terengganu menyerang terutama dengan pemain sayap mereka yang laju, namun pemain saya bertahan baik.

“Permulaan kami agak buruk dalam 15 minit pertama tetapi babak kedua menjadi milik kita sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Mora berkata, bekalan satu gol berharga di tempat lawan memberikan kelebihan buat JDT yang sudah sebelah kaki ke perlawanan akhir, justeru dia berharap anak buahnya dapat mengekalkan corak permainan menyerang dan tidak mensia-siakan peluang terhidang.

“Jika JDT dapat menjaringkan satu gol lagi dalam aksi timbal balik, maka Terengganu memerlukan dua gol tetapi saya optimis barisan pertahanan kami tidak mudah dibolosi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya