Sebuah lori membawa muatan menyamai dua lori ditahan - Utusan Malaysia

Sebuah lori membawa muatan menyamai dua lori ditahan

HANIF Yusabra Yusuf menunjukkan sebuah lori yang diubah suai yang ditahan pada Op Tutup Khas di Nilai Impian, Nilai, Seremban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah lori membawa muatan batu dikesan melakukan pengubahsuaian struktur badan kenderaan itu bagi membolehkannya membawa lebih banyak muatan untuk satu perjalanan.

Ketika ditimbang dalam Op Tutup Khas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini mendapati muatan dalam lori yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun itu melebihi 92 peratus, hampir menyamai muatan bagi dua lori.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam operasi yang bermula sejak Isnin lalu itu, pihaknya menahan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan di sekitar Seremban, Nilai dan Port Dickson yang didapati membawa muatan melebihi had sebelum kenderaan perdagangan itu dibawa ke Nilai Impian untuk ditimbang.

“Dalam operasi yang bermula pukul 7 pagi, pihak kami melakukan pemeriksaan terhadap 35 buah lori sebelum lapan daripadanya diambil tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk muatan melebihi had. Sebanyak 28 notis dikeluarkan.

“Dalam pemeriksaan ini juga, pihak kami mengesan sebuah lori yang membuat penambahan pada pagar dan lantai bagi membolehkan lebih banyak muatan dapat dibawa.

“Ini satu kesalahan mengikut Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, Kesalahan Teknikal bagi Kenderaan Perdagangan (Ubah Suai Struktur dan Kelengkapan Kenderaan Tanpa Kebenaran),” katanya. 

Jelas Hanif Yusabra, pihaknya mengesan taktik digunakan pemilik lori berkenaan sudah banyak dilakukan dan ia membahayakan pengguna jalan raya lain bukan sahaja dibimbangi muatan akan terkeluar dari lori, malah dikhuatiri hilang kawalan.

“Berat dengan muatan (BDM) yang tertera pada lori berkenaan hanya dibenarkan 23,500 kilogram (kg), namun selepas ditimbang BDM adalah seberat 45,290 kg iaitu melebihi had sebanyak 92 peratus,” katanya.

Tambah beliau, sepanjang Januari sehingga Oktober 2021, sebanyak 39,692 kenderaan berat diperiksa dan sebanyak 25,150 kesalahan dikesan menerusi Op Tutup Khas di seluruh Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya