“Sebolehnya akan elakkan penggambaran melibatkan kawasan luar dan terbuka” - Ebby Yus - Utusan Malaysia

“Sebolehnya akan elakkan penggambaran melibatkan kawasan luar dan terbuka” – Ebby Yus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:, pelakon berpengalaman, Ebby Yus mendedahkan dia sebolehnya mengelakkan berlakon dalam persekitaran terbuka.

Katanya keputusan itu dibuat ekoran faktor kesihatan yang kurang mengizinkan.

“Kesihatan saya pada ketika ini ok. Cuma saya sebolehnya akan elakkan penggambaran melibatkan kawasan luar dan terbuka.

“Kalau di dalam studio InshaAllah saya akan buat.

“Saya tak berani lebih-lebih lagi terdedah dengan cuaca terlampau panas. Kesihatan tidak berapa mengizinkan,” katanya.

Ebby berkata demikian ketika ditemui wartawan di majlis makan tengahari anjuran radio Zayan.

Tambah Ebby, dia kini perlu menjaga dan mengawal pemakanannya untuk memastikan kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik.

“Kawal sangat tak adalah. Tetapi yang berlemak atau manis, saya kurangkan,” katanya lagi.

Kata Ebby dia bersyukur kerana Allah SWT memudahkan semua urusannya.

“Ramai yang tahu, kesihatan saya tidak berapa baik sejak umur 20-an lagi. Keluar masuk hospital itu umpama road tour bagi saya.

“Tapi saya bersyukur, dengan izin Allah dan doa kawan-kawan, kesihatan saya kini tidak seteruk mana meskipun ada satu ketika buah pinggang saya hampir perlu rawatan dialisis.

“Alhamdulillah, semua atas keizinan Allah SWT,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya