PETALING JAYA: Sabah gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Melaka United dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, sebentar tadi.
Sony Norde muncul wira skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan selepas menjaringkan gol tunggal pada minit ke-52 dalam saingan yang berlangsung di Stadium Likas.
52' GOL | Rembatan Sony Norde menewaskan Rozaimie Rohim untuk gol pendahuluan!@SabahFCofficial 0-1 @MelakaUnitedFC #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/iVbNm7aEgP
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 14, 2021
Sabah, yang dikendalikan bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee perlu bangkit dalam aksi timbal balik di Stadium Hang Jebat, Khamis ini.