Rumah tepi sungai tidak lagi selamat - Utusan Malaysia

Rumah tepi sungai tidak lagi selamat

KEADAAN persekitaran rumah setinggan yang dibina di tepi Sungai Perak di Teluk Intan, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Mengancam nya­wa malah dapur rumah diha­n­yutkan air ketika berlaku banjir.

Itu yang dialami penduduk di penempatan setinggan tepi Sungai Perak di sini yang sudah tinggal di kawasan itu sejak berpuluh tahun, mewarisi rumah pusaka orang tua mereka.

Lantaran itu, penduduk terlibat menyambut baik jika kerajaan bercadang untuk memindahkan mereka ke penempatan baharu.
Mereka terdiri daripada penduduk di empat buah kampung setinggan di tepi sungai yang dikenalpasti di sini yang telah wujud sejak berpuluh tahun lalu iaitu Kampung Esso (100 penduduk, 50 rumah), Kampung Durian Sebatang (245 penduduk, 30 rumah), Kampung Terengganu (90 penduduk, 45 rumah) dan Kampung Beca (300 penduduk, 25 rumah).

Penduduk berkata, penempa­tan di kawasan setinggan menim­bulkan pelbagai masalah termasuk ancaman terhadap keselamatan mereka kerana kediaman mereka terletak di tepi sungai.

Seorang penduduk, Jamaiah Mat Nordin, 63, berkata, mereka tiada pilihan selain tinggal di penempatan setinggan tepi su­ngai walaupun keselamatannya terancam.

Katanya, bahagian dapur rumahnya pernah dihanyutkan air ketika fenomena air pasang besar atau banjir.

“Saya tinggal di rumah tepi sungai sebab tiada tanah nak bina rumah. Macam-macam dugaan berlaku tinggal di rumah tepi sungai antaranya sudah beberapa kali bahagian dapur rumah saya dihanyutkan air pasang dan terpaksa dibina baharu.

“Kalau arus sungai berombak, rumah berbunyi dan go­yang di sana sini, perasaan sentiasa bimbang keselamatan diri.

“Saya berharap kerajaan melihat kesukaran hidup kami dan berusaha mencari penempatan yang lebih baik untuk kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Penduduk, Abdul Manan Abdullah, 58, berkata, dia tinggal di rumah setinggan sejak lahir dan keadaan rumahnya hanya menunggu masa untuk rebah.

Menurutnya, sebelum ini kerajaan ada menawarkan pe­nempatan baharu iaitu di Jalan Changkat Jong, Batu 7 di sini tetap dia menolak kerana ta­nahnya merupakan kawasan berpaya.

“Saya amat bersyukur jika kera­jaan mahu memindahkan kami ke penempatan yang lain, kami juga mahu menjalani kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Sebelum ini, Pegawai Daerah Hilir Perak, Saidi Shaari berkata, penempatan setinggan di tepi Sungai Perak di sini wajar dipindahkan dan pembinaan baharu sepatutnya tidak lagi dibenarkan di kawasan itu.

Kewujudan rumah tepi su­ngai itu menimbulkan pelbagai isu seperti pembuangan sampah, keselamatan penduduk terutama ketika berlaku banjir dan kesukaran untuk ke­rajaan menyediakan kemudahan asas kepada penduduk.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya