Rugi RM28 juta, Kolej Poly-Tech MARA Semporna ditutup - Utusan Malaysia

Rugi RM28 juta, Kolej Poly-Tech MARA Semporna ditutup

MAHDZIR Khalid (dua kiri) bersama Hajiji Noor (kanan) menyaksikan Mohd. Nizar (kiri) menyerahkan bantuan peranti kepada salah seorang pelajar dalam majlis pecah tanah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kolej Poly-tech MARA cawangan Semporna akan ditutup pada tahun depan susulan kerugian RM28 juta yang direkodkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jika dilihat bilangan pelajar yang mendaftar di kolej tersebut amat kurang iaitu 169 orang berbanding kapasiti 600 orang pelajar.

Walaupun Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi di bawah kementerian namun, operasi kolej sama seperti sektor swasta kerana ia tidak menerima peruntukan dana daripada kerajaan.

Kos operasi seperti pembayaran gaji tenaga pengajar juga memerlukan kewangan yang mencukupi.

“Kita sebenarnya serba salah mengenai isu ini kerana kolej ini merupakan tempat pelajar bumiputera belajar tapi, kita terpaksa melihat perkara ini disebabkan bilangan pelajar yang semakin berkurang,” katanya semasa sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah bagi cadangan projek pembangunan Kondominium Signal Hill.

Mahdzir berkata, isu yang berlaku di kolej tersebut sudah berlanjutan sebelum pandemik Covid-19 dengan pendapatan yang berkurang setiap suku tahun.

Mengulas lanjut katanya, penutupan itu akan dilakukan selepas 169 orang pelajar sedia ada menamatkan pengajian secara berperingkat.

Dalam majlis itu, Mahdzir turut menyaksikan penyampaian bantuan peranti kepada pelajar sekolah, penyerahan bantuan Tertiary kepada pelajar universiti dan penyampaian bakul makanan kepada pelajar B40 oleh MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc).

Pada 23 November lalu, KPLB memaklumkan operasi Kolej Poly-Tech MARA cawangan Semporna akan ditutup sepenuhnya pada 31 Julai 2022 dengan kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi.

KPLB menyatakan penutupan itu dilakukan setelah mengambil kira penurunan jumlah pengambilan pelajar yang begitu ketara setiap tahun serta isu keselamatan di Semporna yang turut menyumbang kepada kekurangan pelajar di kampus tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya