Ronaldo punca kos gaji United naik mendadak - Utusan Malaysia

Ronaldo punca kos gaji United naik mendadak

CRISTIANO RONALDO (dua dari kanan) menjadi penyumbang utama peningkatan kos gaji Manchester United berdasarkan pendapatannya yang mencipta rekod kelab, termasuk paling tinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris sejak pulang ke Old Trafford semula pada Ogos lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke Old Trafford, selain pembelian Raphael Varane, Jadon Sancho serta Tom Heaton menyumbang kepada peningkatan mendadak bil gaji pemain.

Manchester United kini terpaksa menanggung peningkatan kos membayar gaji pemain hampir 25 peratus dan kepulangan Ronaldo bersama Red Devils selepas 12 tahun menyaksikan dia menikmati gaji berjumlah 550,000 pound (RM3 juta) seminggu.

Menurut laporan kewangan terkini kelab itu, kedatangan Ronaldo dan tiga lagi pemain pada musim panas lalu memaksa United menambah dana sebanyak 1.3 juta (j) pound (RM7.32j) seminggu.

Jumlah bayaran gaji tiga bulan sehingga 30 September melonjak 88.5j pound (RM498.33j), meningkat kepada 16.6j pound (RM93.47j) iaitu 23.1 peratus.

Naib Pengerusi Eksekutif Ed Woodward berkata kejayaan di atas padang kekal menjadi misi utama kelab dan pengendali yang semakin tertekan, Ole Gunnar Solskjaer akan terus fokus dengan sasaran tersebut.

“Ketika laporan kewangan hari ini turut terkesan dengan pandemik, keutamaan kami tetap dengan kejayaan di atas padang.

“Pengurus, pemain dan semua orang di kelab tetap komited mencapai objektif ditetapkan,”jelas Woodward.

Keseluruhannya, jumlah keuntungan United meningkat 16.1 peratus kepada 126.5j (RM712j) selepas kehadiran semula penonton menyaksikan perlawanan harian menyumbang 18.8j (RM105.86j) berbanding hanya 1.7j (RM9.57j) tahun lalu ketika berlangsung dalam stadium tertutup.

Untuk rekod, United merupakan pasukan paling banyak menjuarai Liga Perdana dengan 20 kejuaraan, namun kali terakhir memenanginya pada musim 2012-2013.

Dibimbing legenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer, Red Devils kini menghuni tangga keenam liga dan kejuaraan besar terakhir yang dimenangi pasukan itu adalah Liga Europa musim 2016-2017.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya