SHAH ALAM: Pembangkang Selangor menyambut baik pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2022 semalam yang menaikkan peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Malah, disebabkan amalan itu, beliau disifatkan sebagai ‘gentleman’ atau budiman apabila berlaku adil kepada semua wakil rakyat tanpa mengira latar belakang politik dengan memberikan peruntukan sebanyak RM400,000.
Peruntukan tersebut adalah lebih tinggi berbanding RM150,000 yang diberikan menerusi belanjawan negeir pada tahun ini.
Justeru, Ketua Pembangkang Datuk Rizam Ismail menyifatkan pemberian peruntukan itu sebagai tepat pada masanya bagi membantu penduduk di kawasan masing-masing.
“Sebelum ini, kami turut menerima peruntukan RM400,000 daripada kerajaan Pusat melalui Unit Penyelarasan Persekutuan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM). Harapnya kerajaan negeri kekal sifat ukhuwah seperti ini,” katanya mengulas pengumuman Belanjawan Selangor 2022. – UTUSAN ONLINE