Reman lelaki bunuh ibu saudara disambung - Utusan Malaysia

Reman lelaki bunuh ibu saudara disambung

SUSPEK kes bunuh (baju biru) dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk mendapat perintah sambung reman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perintah reman ke atas seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh ibu saudara di Kampung Cina, Menglembu, Selasa lalu disambung tujuh hari lagi.

Lelaki berusia 40 tahun itu disambung reman sehingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus mengeluarkan perintah tersebut di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan mati dengan kesan kelar dan tikaman pada leher.

Mangsa, Aw Foong Meng ditemukan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tepi katil dalam bilik di rumahnya dan pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan kelar dan tikaman pada leher dengan senjata berupa pisau masih tertusuk di belakang leher wanita itu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga anak saudara mangsa dan tinggal bersamanya ditahan untuk siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN