Remaja lelaki maut kemalangan dua kenderaan - Utusan Malaysia

Remaja lelaki maut kemalangan dua kenderaan

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terlibat kemalangan di Kilometer 392.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang remaja lelaki maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 392.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Mangsa, T. Kesavan, 19, yang memandu kereta Proton Saga cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 7.27 malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta dipandu mangsa dan sebuah lori dipandu lelaki berusia 29 tahun.

“Operasi menyelamatkan mangsa tersepit segera dijalankan dan mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu lori yang cedera di bahagian kepala telah dihantar menaiki ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya