Rakyat digalak sertai tanaman bandar - Menteri Besar

Rakyat digalak sertai tanaman bandar

SAARANI Mohamad (kanan) menuai sayur kobis ketika merasmikan Petak Promosi Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Perak di Jalan Sturrock, Ipoh, Perak, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri menyasarkan peruntukan RM3.1 juta di bawah kempen Kebun Kita akan memanfaatkan 36,508 rakyat di negeri ini melalui program pertanian bandar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi kempen tersebut, rakyat digalakkan menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara mengurangkan perbelanjaan dapur sekaligus menurunkan kos sara hidup.

Katanya, peruntukan itu membabitkan bantuan projek individu dengan jumlah peserta seramai 7,657 orang dan projek komuniti dengan 1,470 peserta.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Perak telah mewujudkan kempen yang diberi nama Kebun Kita bagi menggerakkan agenda memperkasa aktiviti pertanian dalam kalangan masyarakat. Inisiatif kempen ini bertujuan menggalakkan dan membudayakan rakyat Perak untuk menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di halaman rumah. 

“Kita berharap usaha ini dapat mencetuskan kecintaan masyarakat terhadap bidang pertanian, bermula dengan mengusahakan ‘kitchen garden’ atau taman sayur di halaman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Petak Promosi Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Perak di Jalan Sturrock, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman.

Menurut beliau, kempen Kebun Kita juga bertepatan dengan slogan ‘Tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam, selebihnya boleh jual atau bersedekah’. 

Katanya, selain menjimatkan belanja dapur, tanaman sendiri juga membolehkan rakyat menikmati sayur dan buah-buahan segar yang bebas tanpa penggunaan bahan kimia.

“Sebagai makluman, tanaman yang ada di Petak Promosi Urban Farming ini merupakan pusingan tanaman yang kedua. Pusingan pertama telah ditanam dengan pokok markisa, petola, timun, kangkung, bayam brazil, sawi, kailan, pak choy, terung dan cili merah. Hasil pusingan pertama yang telah dituai mencecah hampir 200 kilogram. 

“Bagi pusingan kedua, tanaman markisa masih dikekalkan di samping tanaman semula pokok petola, kangkung, bayam brazil, cili padi, terung dan kobis tanah rendah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya