Pusing satu Pulau Pinang cari minyak masak paket - Utusan Malaysia

Pusing satu Pulau Pinang cari minyak masak paket

KEBANYAKAN kedai di Pulau Pinang ketika ini hanya mempamerkan kotak minyak paket yang kosong di kedai masing-masing ekoran kekurangan bekalan itu yang berlaku sejak hujung Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Isu kekurangan bekalan minyak masak paket di negeri ini masih belum menemukan  jalan penyelesaian sejak dua minggu lalu sehingga memaksa pengguna pusing keliling pulau semata-mata ingin mencari stok barangan kawalan bersubsidi itu.

Rata-rata mereka terdiri peniaga kecil kini semakin berdepan tekanan apabila terpaksa berkorban masa serta tenaga untuk mencari bekalan minyak paket sejauh lebih 20 kilometer dari kediaman masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia di lebih lima buah kedai runcit di daerah Timur Laut dan Barat Daya di sini semalam mendapati, tiada bekalan minyak paket dijual di premis dan pengusaha juga memberi alasan sama iaitu: “Sudah banyak kali order (tempah) tetapi barang tak sampai juga”.

Seorang peniaga ayam gunting, Mohd. Nor Hisham Awang Nong, 48, berkata, dia kini buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan terpaksa menggantikan dengan minyak masak botol lima kilogram pada harga RM24.

“Hampir 10 kedai runcit termasuk pasar raya besar di daerah Timur Laut dan Barat Daya juga langsung tiada stok sejak dua minggu lalu. Setiap hari saya terpaksa keluar mencari minyak masak ini.

“Jika ada pun, hanya boleh beli sepaket. Itupun di salah sebuah kedai runcit di daerah Timur Laut. Kami terbeban jika masalah ini masih berlarutan.

“Saya menggunakan kira-kira enam hingga tujuh kilogram masak sehari. Minyak masak botol lima kilogram memang tak cukup dan perlu guna sekurang-kurangnya dua botol. Jika dihitung harganya, saya boleh beli minyak paket lebih untuk kegunaan seminggu,” keluhnya.

Pemilik gerai Syam Ayam Gunting itu menambah, dia tiada pilihan untuk mendapatkan bekalan barangan  keperluan itu di luar Pulau Pinang sekiranya masalah tersebut masih berterusan.

Sementara itu, seorang lagi peniaga ayam goreng, Syafiq Razali, 35,  memberitahu, dia terpaksa mengehadkan bilangan jualan harian daripada enam kepada tiga ekor ayam sehari bagi mengurangkan penggunaan minyak masak.

“Perkara ini sudah berlarutan sejak penghujung Oktober lalu. Dalam keadaan pelanggan bertalu-talu datang ke gerai sehingga kami tidak menang tangan menyediakan tempahan, kini kami terpaksa menerima hakikat berdepan masalah ketiadaan minyak masak paket.

“Kami rayu perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Pelbagai dakwaan diterima termasuk minyak paket bakal dibotolkan dan dinaikkan harga. Keluar modal banyak jika kami peniaga kecil guna minyak botol,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyelesaikan isu berkenaan segera.

N.V. SUBBAROW

“Hasil tinjauan CAP di empat kedai runcit di daerah Barat Daya dan pusat bandar Georgetown hari ini (semalam)  juga mendapati berlaku masalah sama sejak dua minggu lalu,”  jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya