Pulau Pinang terima RM7.1 juta sumbangan Tabung Covid-19 

[Sidang DUN] Pulau Pinang terima RM7.1 juta sumbangan Tabung Covid-19 

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tabung Covid-19 yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mendepani wabak Covid-19 berjaya mengumpul sumbangan kira-kira RM7.1 juta sehingga 5 November lalu. 

Daripada jumlah itu, kira-kira RM3.8 juta sumbangan berjaya dikumpul sepanjang tahun ini. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan itu diterima daripada pelbagai pihak seperti jabatan atau agensi kerajaan negeri, badan berkanun negeri, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu. 

“Setakat ini juga, kira-kira RM2.55 juta daripada sumbangan itu telah dibelanjakan bagi menangani isu berkaitan Covid-19 dengan baki kira-kira RM4.6 juta,” katanya. 

Beliau menjawab soalan Dr. Afif Bahardin (Bersatu-Seberang Jaya) mengenai status Tabung Covid-19 serta berkenaan perincian jumlah sumbangan yang dikumpulan menerusi tabung itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini. 

Kepada soalan tambahan Dr. Afif berkenaan baki lebih RM4 juta daripada tabung itu yang masih belum digunakan, Kon Yeow berkata, wang sumbangan itu akan tetap digunakan bagi tujuan berkaitan menangani pandemik Covid-19 pada masa depan. 

Dalam masa sama beliau menjelaskan, selain sumbangan yang diterima menerusi tabung itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM195 juta untuk pelbagai pakej insentif kepada rakyat sejak bermulanya pandemik tersebut. 

“Selain peruntukan daripada kerajaan negeri, kita juga menerima peruntukan daripada agensi kerajaan Persekutuan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan sebagainya untuk mengendalikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) serta banyak lagi. 

“Begitupun, kerajaan negeri sudah semestinya akan menggunakan baki daripada tabung ini untuk tujuan dimaksudkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya